welcome to our web site  -  Traditional Music : Angklung ( Group / Solo ), Gamelan & Caklempong  by : wariseni budaya, shah alam, selangor, malaysia

 

Home

Persembahan

Perkhidmatan

- Kursus Angklung

- Membekal Alat

Galeri Foto

Galeri Video

Hubungi Kami

 

 

 

PROGRAM MUZIK ANGKLUNG

Program ini diujudkan khas untuk sekolah - sekolah rendah yang berminat menubuhkan kumpulan muzik angklung. Ia merupakan satu aktiviti ko-kurikulum atas inisiatif pihak sekolah.

 

Pakej yang ditawarkan meliputi pembelian satu set alat muzik angklung yang terdiri daripada 26 buah angklung dan juga sesi pembelajaran sebanyak 3 sesi iaitu selama 6 jam.

 

Jumlah pemain adalah seramai lebih kurang 13 hingga 26 orang di mana bagi setiap satu pic akan dimainkan oleh seramai 2 atau 3 orang mengikut oktaf. Tenaga pengajar terdiri daripada mereka yang mempunyai kelulusan dan pengalaman di dalam bidang muzik.

 

Kumpulan angklung yang ditubuhkan oleh pihak sekolah akan diketengahkan bakat mereka dengan diberi peluang mengadakan persembahan pada majlis-majlis tertentu di luar sekolah.

 

 

BENGKEL MUZIK ANGKLUNG

Program bengkel muzik angklung diadakan khas untuk para individu seperti  guru muzik dan juga penggiat seni yang berminat. Para perserta akan mengikuti bengkel selama 2 hari dengan jumlah minima peserta adalah seramai 40 orang.

  

 

TARIKH KURSUS

TERDEKAT

akan dimaklumkan

 

 

Hakcipta Terpelihara : Warisenibudaya : 2007-2015     Rekabentuk dan selenggara oleh : eightyeightstudio.com
Kami tidak bertanggungjawab terhadap kerosakan yang dialami akibat dari penggunaan maklumat dari laman web ini